Thursday, March 31, 2011
PERMULAAN SEBUAH KEGEMILANGAN
Ada satu peristiwa yang menjadi titik peralihan dalam sejarah perkembangan islam. itulah peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW dari makkah ke madinah. ia berlaku dalam bentuk peristiw yang digabungkan antara perlindungan ALLAH dengan ikhtiar manusia. selepas melalui perjalanan penuh tribulasi dan mehnah perjuangan sejauh 320 km, selama 8 hari, hijrah sampai ke kemuncaknya. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat akhirnya tiba ke kota Madinah. kalau antum nak tahu....Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat bagi menuju ke tempat lain. Hijrah Rasulullah adalah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Madinah demi mengikut perintah Allah dan RasulNya. Sebelum itu Sayidina Jaafar bin Abi Talib bersama rombongannya berhijrah ke Habsyah bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman musyrikin Quraisy. Mereka berhijrah bagi menyelamatkan akidah daripada ancaman musuh. Peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabatnya adalah dengan perintah Allah, bukan kehendak mereka sendiri. Walaupun Allah berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan hijrah boleh berlaku sepenuhnya melalui mukjizat nabi, namun Allah tidak menghendakinya sedemikian. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Memang Rasulullah mendapat perlindungan Allah, tetapi beliau juga terpaksa menempuh perjalanan yang serba pahit. Walaupun Rasulullah yakin Allah akan melindunginya namun, beliau perlu berikhtiar merencanakan perjalanannya supaya selamat sampai. Beliau juga bersembunyi di Gua Thsur selepas berpesan kepada anaknya supaya menghantar makanan dan susu. Sebab-sebab berlakunya hijrah. 1 - Ancaman, tekanan dan penyeksaan yang kuat daripada kaum Quraisy Mekah kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya. 2 - Pemulauan yang dilakukan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib hingga mereka menderita akibat kekurangan makanan. 3 - Kaum Quraisy juga mengancam nyawa Rasulullah. Beberapa percubaan dilakukan bagi membunuh nabi tetapi tidak berjaya. 4 - Penduduk Madinah yang sering berperang sesama mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh mendamaikan serta menyatukan mereka. Lalu mereka menjemput Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, dan selepas itu..... kamu semua boleh beli sendirilah kat kedai, tak kan nak citer smpai akhit pulak, bankrap lah tuan kedai..... selamat mambaca. hehehe.....
Subscribe to:
Comments (Atom)
