Thursday, May 13, 2010

khemah? Oh tidak! Islam...sunyi...

Bila teringatkan perkhemahan,hati menggetar,bibir menggetap,kaki memberatkan langkah;AKU TAK MAHU PERGI! Maklumlah diri empunya tidak pernah langsung menyertai aktiviti perkhemahan sebelum ini,apatah lagi perkhemahan ala tentera. Dengan peralatan yang jauh dari cukup,tempoh perkhemahan yang lama;seminggu tak masuk kelas gara-gara perkhemahan. Aduh,gelisahnya hati tidak mampu untuk dilafaz dek bicara.

Tetapi,apabila ditafakurkan sejenak,persoalan timbul...
-apa yang perlu ditakutkan?
-mengapa aku gelisah?
-mengapa hati aku merusuh tak tentu hala?

Ahh! Setan belaka...Tiada yang perlu dirisaukan. Aku kan dah besar,matanglah sikit oi!

Dan Alhamdulillah,aku berjaya tempuhi segala cabaran yang ada dengan cemerlang sekali. Daripada dugaan fizikal,hinggalah ke ujian rohani;susah betul nak beribadah di sana,sampai solat Jumaat pun tidak termampu. Dan hati mula terfikir,tidak lagi ku nampak Islam di sana. Adakah ia dihijabi oleh lamunan Syaitan,atau Islam memang sudah hilang di sana?
Setelah menemui kebenaran,tiada perasaan menyesal,bahkan aku bersyukur kerana Allah memilih aku untuk pergi ke kem itu. Semoga tidak aku buta lagi daripada mengetahui masalah yang melanda ummat...

recalling 13th May tragedy...


Pada hari ini genaplah 11 tahun peristiwa berdarah,pahit bagaikan peria yang telah mencorakkan warna-warna kepada usia negara ini. Rusuhan kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa di negara kita menjadi titik klimaks masalah perpaduan di Malaysia masih menjadi lamunan trauma bagi sesiapa yang tidak alpa dan lupa terhadap sejarah negara ini.

Semoga peristiwa itu dapat memberi iktibar kepada kita. Janganlah kita terlalu fanatik terhadap bangsa hinggakan terlupa terhadap nilai kemanusiaan yang jauh lebih penting dan bermakna. Semua manusia sama belaka,tidak kira bangsa,warna kulit, dan kasta.Yang membezakan hanyalah hatinya.

Saturday, May 1, 2010

herm...sembang saja ke?


"Kita patut utamakan kedamaian! Lekas! Panggil balik semua layskar kita! Perang sudah tamat. Kita sudah menang! Kampung di seberang laut sana tidak perlukan kita lagi," kata ketua kampung Kampung Nasi Kampung yang baru itu sambil tangannya menghentak meja terketar-ketar.

Orang ramai pun bersorak tanda memberi sokongan.

Kemudian,tidak semena-mena,bata sesat lagi hina telah menghempap kepala ketua kampung itu.

"Oh tidak! Apa yang saya cakap ni? Nanti! Nanti! Ubah rancangan! Kita hantarkan lagi layskar-layskar kita ke kampung jauh itu. Keamanan masih belum tercapai. Kampung di sana masih memerlukan khidmat kita sebagai polis antara kampung-kampung. Cepat! Sediakan peruntukan untuk lasykar-lasykar kita. Serang mereka!"

Orang ramai melongo tiba-tiba,melihat kelibat ketua kampung yang mereka junjung tinggi yang tanpa warning langsung mengubah rancangan awal.


gambar salah letakla...hehehe....sowi...xde niat lngsng....

Semoga Berjaya!

Pada hari ini berangkatlah pasukan bahas sekolah saya ke Kemaman untuk menyerikan perlawanan bahas ala parlimen peringkat negeri. Tajuknya amat susah bagi mereka,maklumlah mereka dipilih sebagai pembangkang. Saya lihat cikgu pun pening kepala mencari isi bagi tajuk itu,satu perkara yang luar daripada biasa tetapi tidak menghairankan. Namun,cikgu tetap berfikiran positif dan terus memerah otak mencari ilham,tidak seperti saya yang hanya pandai melongo apabila mendengar tajuk yang diberikan.

Walaubagaimanapun,saya yakin pasukan bahas telahpun menemui senjata yang dicari selama ini dan mampu menepis segala bicara pihak lawan yang akan diterjahkan kepada mereka. Sedih juga kerana tidak dapat menyertai mereka di Kemaman sana. Tidak mengapalah,mungkin ada hikmah di sebalik peninggalan saya ini(btul ke prktaan tu?). All the best buat pasukan bahas. Kibarkan panji dan semangat Tok Jiring hingga ke peringkat kebangsaan. Letuskan kebolehan kita untuk berada di persada juara.
Related Posts with Thumbnails