Saturday, May 1, 2010

Semoga Berjaya!

Pada hari ini berangkatlah pasukan bahas sekolah saya ke Kemaman untuk menyerikan perlawanan bahas ala parlimen peringkat negeri. Tajuknya amat susah bagi mereka,maklumlah mereka dipilih sebagai pembangkang. Saya lihat cikgu pun pening kepala mencari isi bagi tajuk itu,satu perkara yang luar daripada biasa tetapi tidak menghairankan. Namun,cikgu tetap berfikiran positif dan terus memerah otak mencari ilham,tidak seperti saya yang hanya pandai melongo apabila mendengar tajuk yang diberikan.

Walaubagaimanapun,saya yakin pasukan bahas telahpun menemui senjata yang dicari selama ini dan mampu menepis segala bicara pihak lawan yang akan diterjahkan kepada mereka. Sedih juga kerana tidak dapat menyertai mereka di Kemaman sana. Tidak mengapalah,mungkin ada hikmah di sebalik peninggalan saya ini(btul ke prktaan tu?). All the best buat pasukan bahas. Kibarkan panji dan semangat Tok Jiring hingga ke peringkat kebangsaan. Letuskan kebolehan kita untuk berada di persada juara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails