Temu duga oh temu duga. Sering kali ia menekankan perasaan dan mental seseorang,tidak kiralah seseorang itu ingin dapatkan biasiswa ke,kerja ke dan sebagainyalah. Saya tidak pernah melalui sebarang temu duga,maklumlah diri ini masih lagi belajar di sekolah menengah,tetapi mengikut pengalaman abang-abang dan kakak-kakak yang sudah menghadapinya,kegabraan menghadapinya pasti menyerang sanubari tanpa rasa belas kasihan(ayat ape nih???)!
Pernah sekali abang saya cakap seorang diri di dalam bilik selama 2 minggu hanya untuk satu temu duga. Ya Allah,sampai macam itu sekali lagaknya. Kadang kala terasa seram,ada juga lucu apabila teringatkan 'kisah epik' dua minggu itu.hahaha...
So,untuk entry ini,saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai adab-adab ketika menghadapi sesebuah temu duga yang dipetik daripada bahan bacaan yang amat menarik dan informatif.
- Sentiasa mengingati Allah SWT dan berdoa agar dipermudah segala urusan.
- Hulurkan tangan untuk bersalam,perkenalkan diri dan berdiri sebelum disuruh duduk.
- Elakkan daripada mempamerkan perasaan gemuruh.
- Betulkan posisi badan anda.
- Jaga hubungan mata dengan orang yang menemu duga.
- Senyum dan bercakap dengan penuh yakin.
- Jangan terlalu malu dan adakan komunikasi dua hala.
- Ucapkan terima kasih selepas sesi temu duga berakhir.
- Tawakkal saja....
No comments:
Post a Comment