Saturday, June 26, 2010

Nak bagi mujur...

Samad Said merajuk mahu bawa karya seni ke New Zealand
Oleh Muhammad Hatim Ab Manan

2010/06/27

MELAKA: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berhasrat menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan diberikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu.

Katanya, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di Negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan.

Katanya, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan.

Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini.

Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan. Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula, katanya selepas majlis perasmian Pameran Kata Luhur anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Pelita House of Art di Muzium Sejarah dan
Etnografi di Bandar Hilir dekat sini, semalam.

Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Wira Hamdin Abdollah dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas.
Mengulas lanjut, A Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu.

Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana, katanya.

Sementara itu, A Samad berkata, pameran lukisan secara solonya bertajuk Kata Luhur yang menempatkan 64 hasil karya ciptaannya itu mula dipamerkan sejak 19 Jun hingga 31 Julai ini.

Beliau berkata, semua karya yang dipamerkan itu dihasilkan dengan bahan berasaskan dakwat atas kertas melalui penggunaan elemen indian ink iaitu warna merah dan hitam yang turut disertakan puisi ciptaannya.

Kata Luhur dalam pameran ini membawa maksud bercakap jujur dan ia penting dalam seni termasuk setiap tindakan dan sikap seseorang, katanya.

Friday, June 25, 2010

Kami juara!!! (dari bawah)


Perancis balik,Itali ikut menyusul pulang. Kalau dulu Itali emnjadi juara,kali ini Perancis pula yang menjadi juara.Tapi kali ini lain sikit,mereka juara dari bawah.hahaha... Macam lagu Sang Mantan nyanyian Nidji,"memang roda telah berputar." Benar sungguh lirik itu.

Saturday, June 5, 2010

3 jet ancam Rachel Corrie

Terbang rendah tanda amaran tidak terus bantuan ke Gaza

KUALA LUMPUR: Tiga jet pejuang bersama sebuah pesawat tentera dipercayai milik Israel terbang rendah pada pagi semalam seolah-oleh memberi amaran kepada kapal bantuan kemanusiaan Rachel Corrie supaya tidak meneruskan misi ke Gaza.

Sehubungan itu, kapal berkenaan yang membawa pelbagai barangan perubatan, kerusi roda dan peralatan sekolah untuk rakyat Palestin terpaksa mengurangkan kelajuan bagi memastikan ia dapat tiba ke Gaza kira-kira jam 10 pagi ini.
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai misi itu, Ahmad Faizal Azumu, ketika dihubungi semalam berkata, kapal itu akan berpatah balik jika tentera Israel melepaskan tembakan amaran.

Thursday, June 3, 2010

KEWAJIPAN KITA



“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.“

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. “

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang yang berjuang itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” Ayat 72-74 Surah Al-Anfal.

Jadi kita sebagai orang islam hendaklah mewajipkan diri kita berniat dan bertindak untuk membantu rakyat palestin terutamanya di gaza. walaupun dengan berdoa, solat hajat , menderma, usaha itu di samping keikhlasan pasti dibalas ALLAH dengan ganjarn yang sangat besar.. ingatlah teman temanku..
LIFELINE4GAZA







Lifeline4Gaza melaporkan, dua buah kapal kargo Turki yang menyertai sembilan buah kapal konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza akan membawa antara lain, kelengkapan hospital, ubat-ubatan, peralatan sekolah dan juga bahan-bahan binaan.

Laman web melaporkan media-media di Israel terus membuat pelbagai tuduhan bagi menggagalkan misi konvoi ini.

Namun senarai rasmi barangan yang telah dikeluarkan oleh penganjur utama konvoi petang Selasa, 25 Mei, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) jelas menunjukkan bahawa kapal-kapal yang menyertai konvoi ini sebenarnya akan membawa keperluan-keperluan asas dan mendesak bagi membantu rakyat Gaza yang saban hari berhadapan dengan maut akibat kekejaman berterusan Zionis Israel.

Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah sangat menyedihkan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel sejak lebih lima tahun lalu. Kehidupan di Gaza menjadi semakin mengerikan akibat serangan Operation Cast Lead Israel, di mana hampir semua prasarana dan keperluan asas dimusnahkan. Mereka yang tercedera atau sakit secara umumnya hanya mampu menunggu saat kematian kerana tidak ada kemudahan rawatan dan dihalang daripada mendapat rawatan di pusat-pusat rawatan di luar Gaza.

Di samping sekatan terhadap pergerakan rakyat Gaza ke luar daerah, sebarang bantuan daripada negara luar juga dihalang. Justeru, rakyat Gaza terus cekal dan bersabar hidup di bawah runtuhan-runtuhan tanpa sebarang perhatian daripada dunia luar mahupun negara jiran. Konvoi bantuan kemanusiaan ini diharapkan akan dapat membina semula kehidupan di Gaza.

Ketika menyampaikan taklimat kepada media-media antarabangsa yang akan turut menyertai konvoi tersebut di Stadium Kepez Arena, Antalya, pegawai kanan IHH, Nalan Dal bersama ketua bagi kelengkapan teknikal media IHH, Umit Sonmiz telah menyenaraikan barangan yang akan dibawa oleh kedua-dua buah kapal tersebut, yang masing-masing diberi nama Kapal “Defne Y” dan Kapal “Gaza”.

Kapal “Gaza” akan membawa 2,104 tan simen, 600 tan besi binaan dan 50 tan jubin seramik. Manakala Kapal “Defne Y” akan membawa lebih banyak muatan. Antaranya, kapal ini akan membawa 150 tan besi untuk binaan rakit dan kemudahan dermaga, rumah-rumah mudah-bina (precast homes), 18 penjana kuasa elektrik berkuasa lebih 35KW dan 80 penjana kuasa elektrik di bawah 5KW. Turut disenaraikan adalah kelengkapan untuk taman permainan kanak-kanak seperti gelungsur dan jongkang-jongkit.

Dalam kategori peralatan hospital dan ubat-ubatan, turut disenaraikan alat seperti Ultrasound dan X-ray, katil pesakit, kerusi roda, dan kemudahan rawatan pergigian. Pelbagai jenis ubat-ubatan turut disenaraikan.

Related Posts with Thumbnails