Terbang rendah tanda amaran tidak terus bantuan ke Gaza
KUALA LUMPUR: Tiga jet pejuang bersama sebuah pesawat tentera dipercayai milik Israel terbang rendah pada pagi semalam seolah-oleh memberi amaran kepada kapal bantuan kemanusiaan Rachel Corrie supaya tidak meneruskan misi ke Gaza.
Sehubungan itu, kapal berkenaan yang membawa pelbagai barangan perubatan, kerusi roda dan peralatan sekolah untuk rakyat Palestin terpaksa mengurangkan kelajuan bagi memastikan ia dapat tiba ke Gaza kira-kira jam 10 pagi ini.Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai misi itu, Ahmad Faizal Azumu, ketika dihubungi semalam berkata, kapal itu akan berpatah balik jika tentera Israel melepaskan tembakan amaran.
No comments:
Post a Comment