Jumaat malam,malam rehat. Wah,nikmat sungguh malam ini. Best2...duk rilek je keje...
21/01/2011,9:30 malam,tengah tengok ulangan AJL dalam Youtube,pasal empunya diri masih belum tengok lagi pertandingan. Maklumlah,budak asrama. Mana boleh tengok TV. Memang betul-betul macam katak di bawah tempurung la. Habis semua benda tak tahu. Nasib baik ada surat khabar,bolehlah juga tahu-tahu sikit pasal dunia luar. Bising juga orang luar pasal Ana Raf ini,budak-budak sekolah aku semua cakap-cakap pasal benda tu. Apa la,macam dah takde cerita lain nak cerita. Pape pun,tahniah buat Ana and kepada Yuna juga kerana berjaya meremangkan bulu roma aku yang pendek kentot ini. BEST WOK!!
Pape pun,lepas tengok Youtube,aku pun blogwalking la. And tiba-tiba perhatianku terpaku kepada satu post ni. NAPOLEON BONAPARTE-JENERAL TENTERA PERANCIS YANG MEMELUK ISLAM. Begitulah gamaknya tajuk post itu. Klik sini.
Siapakah Napoleon Bonaparte? Beliau ialah antara jeneral terhebat pernah dilahirkan atas muka bumi ini,jinius dalam ilmu strategi peperangan,pakar apabila bertempur dengan musuh(kata ahli sejarah barat). Beliau telah berjaya memimpin tentera Perancis hingga hampir menakluk keseluruhan eropah. Namun,setelah gagal menyerang Rusia akibat cuaca dan jenis dataran,kejayaan Napoleon telah mula menemui kegagalan demi kegagalan hinggalah beliau kalah teruk di Waterloo di tangan Duke of Wellington,jeneral tentera British.
Setelah itu,beliau telah dinafikan haknya untuk tinggal di tanah Perancis dan dibuang ke Pulau St Helena di bahagian timur Afrika. Beliau juga telah mati di sana. Gitulah serba sdikit mngenai sjarah hdup beliau.(tu je yg ko tau psl napoelon,wahai pnulis??? sikit sngt...ciput!)
huh...pape pun,kata-kata beliau ini amat menarik minat aku...
"Agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib,
seperti halnya Triniti yang sulit untuk difahami.
Jesus didakwa dirinya sebagai Anak Tuhan(Nabi Isa tidak mengaku dirinya anak Tuhan,tetapi lebih kepada diaada-adakan oleh kaum yang sesat)
padahal baginda berasal daripada keturunan Daud
Maka saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad(Rasulullah)
Islam terhindar jauh daripada kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat dalam agama kita(Kristian)
Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa.
Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dlama ucapan saya bahawa saya
adalah orang Islam dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta dicintai orang-orang Islam"
Pengislaman beliau boleh lagi diketahui melalui sebuah buku,iaitu Napoleon dan Islam atau Bonaparte et Islam
karangan C. Cherfils.
wah,terkjut wa ajaib bin tidak dpat ku sangka2!! Siapa sangka org yg dikenag sbagai brutal and terror(dakwaan org barat)boleh memeluk Islam!!
Apa-apa pun,pengajarannya di sini,hidayah boleh datang pada bila-bila masa,mana-mana tempat atau orang.
So,berdoalah senantiasa agar diri kita ini tidak ditarik hidayahNya. Hidayah ibarat gula-gula,jika tidak terjaga manisnya,maka ia akan hilang dimakan masa. Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment