Baru-baru ini sekolah aku telah mengadakan satu program untuk memantapkan ko-kurikulum pelajar-pelajarnya iaitu,program pemilihan kelab oleh pelajar-pelajar. Dengan tema 1 kelab-1 sukan-1 pelajar(hoho...1 dh jdi no. peveret sme org skunk...hbis progrm nk gne no. tu...)semua pelajar dikehendaki/wajib memilih satu kelab dan satu sukan untuk disertainya sepanjang tahun ini. Pelajar juga bebas untuk memilih mana-mana kelab yang diminati,tapi kuotanya hanya satu sahaja. Program rintisan PK KO sekolah saya ini amat membantu pelajar dalam usaha untuk skor dalam cabang ko-kurikulum,sekaligus membantu memudahkan pelajar-pelajar untuk dimasukkan ke mana IPT kelak.
Namun begitu,sebak dan kecewa juga dirasai apabila saya tidak mampu untuk memilih kelab yang saya minati. Semuanya kerana cikgu PRS sekolah saya telah menetapkan bahawa semua PRS diwajibkan untuk memasuki kelab kerjaya bagi memudahkan perjumpaan dan aktiviti diatur. Tambahan pula hanya satu kelab untuk seorang pelajar agar tidak clash masa perjumpaan. Agak terkejut juga sesetengah pihak kerana tindakan menurunkan taraf PRS daripada salah sebuah jawatankuasa sekolah setaraf dengan MPP dan PSS,kini menjadi taraf kelab dan persatuan. Jadi,tidak mungkin aku akan tinggalkan PRS kerana aku sudah lama menjadi PRS,dah jadi sebahagian daripada diri aku sebagai pelajar. Tapi aku juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menceburi bidang ko-kurikulum yang aku minati dengan lebih aktif.
Haha...sesekali terasa bahang dilema bila memikirkannya. Apa? Mahu tinggalkan sebahagian daripada diri aku dan biarkannya kosong,atau mengejar impian yang menjanjikan seribu satu makna? erm...ok...bagus soalan itu....
No comments:
Post a Comment