Sudah lama juga aku tidak buat resensi buku. Yalah,empunya diri ini pun sudah liar dengan buku. Buku banyak beli,tapi entah kenapa tiada perasaan untuk membeleknye. Dan buku ini pun saya baca hanya kerana saya diwajibkan untuk membacanya. Buku ini terpilih sebagai novel KOMSAS untuk pelajar SPM mulai tahun 2010. (SPM!! ARGH!! memang tak boleh untuk tidak memikirkannya.)
Novel ini menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama Bujei atau Hafiz. Beliau telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi. Akibat tiada tempat untuknya berteduh,dan celaan yang diberikan oleh penduduk kampung,beliau telah menjadi sasau. Beliau sering menjadi mangsa buli dan sering juga dipergunakan dan dipermainkan oleh penduduk terutamanya Alias. Namun,segala-galanya berubah apabila Adila,sepupu kepada Same'ah telah datang ke kampung untuk meredakan hidupnya yang baru sahaja hancur apabila mengetahui kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain.
Kehadiran Adila telah mula menimbulkan sifat sebenar Bujei. Bujei telah mula mengenali erti sebenar kehidupan dan hal itu juga telah memberi semangat yang baru kepada Bujei untuk meneruskan hidupnya.
Namun,disebalik keikhlasan Adila untuk membantu Bujei,terdapat juga rona-rona cemburu yang cuba menghalang persahabatan itu. Alias amat menyukai Adila,malah dia pernah menghantar wakil untuk meminang Adila,namun ditolak mentah-mentah. Alias tidak mudah berputus asa. Dia telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap Adila dan cuba mengaburi fikiran Bujei untuk tidak mendekati Adila. Selepas itu....BACA SENDIRI....hehehehe....
Cerita ini amat menarik. Penulis berjaya mengungkitkan elemen sedih dan romantis beserta komedi dalam novelnya dengan baik sekali. Penulis juga berjaya menggambarkan perasaan seseorang yang telah kehilangan segala-galanya. Pengajarannya juga amat bermakna dan bagus untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

No comments:
Post a Comment