Saturday, February 19, 2011

Jatuh!!

Aku jatuh!
Terlalu megah ku berada di atas,
Terlalu alpa ku melihat ke atas,
Hingga ku lupa untuk melihat ke bawah,
Melihat di mana kakiku meratakan tapaknya,
Aku tergelincir...

Aku sedang jatuh!
Perasaan sesal kian menjelma,
Memamah hatiku dengan kejam,
Bergenang air hatiku lebat bak hujan,
Akan tetapi masa lalu tak akan berulang.

Aku telah jatuh!
Hancur diriku menghentam kegagalan,
Apa ku mampu membina semula semuanya?
Apa ku mampu mengecapi semula masa lalu?
Persoalan demi persoalan menerjah hatiku,
Sedang hatiku tak akan seperti dahulu,
Sedang hatiku kan bangkit,
Memgumpul kekuatan,
Melompat lebih tinggi dari dulu.

falsafah kaca pecah kian kuat. Semakin banyak ia dipecahkan,kemudian ia dibentuk semula,maka kekuatannya akan berlipat kali ganda.
Sesungguhnya Allah lebih menyukai orang yang melakukan kesalahan,kemudian dia bertaubat semula. Sebab mengapa darjat kita lebih tinggi dari malaikat....


Wallaua'lam.....

Mumtaz!!

Haha..."Mumtaz!!" Terbayang macam aku pulak yang melaungkan kata keramat itu pabila baca novel VT karya Hilal Asyraf. Baru baca buku itu setelah direkomen oleh kawan-kawan untuk baca buku itu. Pergh!. Perkataan pertama yang keluar pabila habis baca buku VT ini(ade ke perkataan tu dlm kamus dewan?? hempp) Pape pun,ni la serba sdikit tntang nobel VT ini.


Novel VT ini tentang sebuah pasukan bola tampar yang berpangkalan di MATRI di Perlis sana. Setelah mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan dari sekolah sukan yang amat digeruni. Tetapi,setelah 10 tahun berlalu,pasukan bola tampar MATRI telah tenat dan hampir-hampir dibubarkan. Namun begitu,jurulatih Hussam telah datang dengan hasrat ingin mengembalikan nafas juara yang ada pada pemain-pemain pasukan bola tampar itu. Dengan menggunakan slogan ibadah dalam sukan,akhirnya beliau berjaya membentuk pasukan yang lebih kuat berbanding pasukan lagenda 10 tahun lalu.

Sentuhan Islami yang menarik. Diselitkan dalam novelnya dengan halus dan terancang. Siapa sangka,manusia juga boleh berdakwah melalui sukan. Sekaligus membuka lembaran baru bagi masyarakat untuk berfikir di luar kotak mengenai Islam. Setelah berfikir sejenak juga,konsep 4S(sport,song,sex,science) yang menjadi senjata orang barat untuk memundurkan Islam juga sudah boleh dibuang. Kerana apa? Kerana sebenarnya hanya 1S saja yang perlu diambil berat,iaitu Sikap. Sikap orang Islam itu sendiri yang tidak ingin menjadikan Islam itu Syumul,telah menjadi penyakit kepada jasad agama Islam itu sendiri. 4S itu boleh dijadikan ibadah,jika berlandaskan Islam(ikut syari'atnye,bukan pakat baharambang je).

Wallaua'lam.....

Thursday, February 17, 2011

pekse nak habis dah??!! hahaha..yeay!!

yeyeye!!! prikse dah nak habis...tapi ni baru TOV la...bkan SPM lagi...xpela...skurang-krangnye aku dah lpas halangan prtame...

Thursday, February 3, 2011

Jumaat yang tenang....

Tenang molek Jumaat ni. Fuh,rilek je...main game,main internet...rileks! Pastu siap2 nak gi solat Jumaat...hari ni solat kat masjid Unisza...

Khutbah Jumaat tadi cakap pasal kehidupan di alam kubur. Pastu menyentuh tentang hal-hal yang akan dipersoalkan oleh malaikat munkar dan nakir. Dan seperti biasa,ramai yang tidur. Kat tingkat atas plak,bising bango kali. Biasalah,budak2 dan remaja2 ramai kat atas. herm...Ummat Islam di Malaysia,nak heran apa pasal semua benda ni.

Lepas solat Jumaat,kitorang solat hajat berjemaah untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mujahidin Islam di dunia terutamanya di Mesir. Dan seperti biasa,ramai yang keluar balik sebelum sempat solat hajat berjemaah. Islam skunk.....lepas habis semua tu,abang ipar aku bagi aku satu risalah yang disebarkan kepada semua jemaah kat masjid Unisza...

ni la sdkit sbnyk tntang ape yg ade dlam risalah tu....

Presiden Hosni Mubarak

April 2010 seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Antara dan AFP,Mubarak mengarahkan tentera menyembur gas beracun ke dalam terowong-terowong yang digunakan untuk menyeludup makanan dan ubat-ubatan ke Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh.

Disember 2010,Mubarak mengarahkan pembinaan tembok konkrit yang mempunyai menara pengawas di sempadannya dengan Gaza untuk menyekat penyeludupan bekalan makanan,ubat-ubatan dan air bersih

Mubarak menerima peralatan ketenteraan untuk menghadapi penunjuk perasaan yang menentangnya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Dalam pilihanraya 2010,berlakunya penyelewengan besar-besaran. Mubarak menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya. Parti Mubarak memenangi 99% kerusi sepanjang pemerintahannya,Mubarak telah menangkap beribu-ribu aktivis Ikhwanul Muslimin dan sebahagian besar daripada mereka dikenakan seksaan. Para penentang politik kerajaan diberikan tekanan dengan tahanan tanpa bicara dan pembunuhan...............

Wallahu'alam

Wednesday, February 2, 2011

Diam dalam bicara

Diam,
Sunyi menjadi pelita diri,
Sepi sendiri tiada bertepi,
Tradisi ubi diam berisi,
Membekal minda terisi raksasa,
Terbuka bicara menggegar dunia......

"Pabila sempurna akal,kuranglah percakapan"

Da last rentas desa...

sedih la jugak x dapat ambik bahagian dalam rentas desa yang terakhir buatku ini. Bukan pasal aku lembik,oh tidak(mngkin lembik sikit kot),tapi disbabkan sebab2 yg trtentu. Lagi sedih bila dpt tau rumah sukan aku yg akhir skali. Hahaha...malu x trkate bile kne "BOO!!!" oleh rumah sukan lain. Haha. xpe2. Nnti aku bagi sumbangan pingat ke rumah aku mase hari sukan nanti...tunggu r korang,awok aku "BOO!!" mula awok2 mu nnti.

Dan hari ini juga budak2 asrama boleh balik. YEAY!! sukenye hati kami! bolehlah aku rehat2 kat rumah,hilangkn stres jap,relaks...(lpas cuti raye cine trus perikse TOV,nk relaks ape lagi wok!!)
Di tengah2 kgembiraan kitorng,ade la jugak bunyi2 daripada budak2 yg dduk kat luar,"apala budak asrama ni. Dpat balik 3 hari je,dh nk suke mcm cuti seminggu. Aku balik rumah tiap2 hari pn rileks je." haha....apela...dalam hal ni bukan pasal dapat balik rumah ke x,tapi pasal nikmat bile dpat balik rumah. Budak2 asrama jarang dapat balik rumah,jadi kitorang jelas dapat rasa nikmat bile balik rumah. Budak2 luar jarang dpat rase nikmat ini pasal diorang dh selalu balik rumah,jadi diorang x dapat rase sngt bile dpt jumpe ngan mak bapak,adik-beradik dan yg sama waktu dngnnye. Bukan ke pepatah arab pernah mengatekan,"'jarang-jarang jumpa, penambah ikatan mesra".


Hal ini pun sama juga dengan nikmat2 lain. Nikmat kesihatan,nikmat berada dalam jemaah,nikmat rezeki,dan yg paling besar,nikmat iman dan Islam. Secara tidak sedar kitorang ade semua nikmat2 ini,tapi ramai mana yang benar-benar dapat rasa kemanisan nikat ini? Ramai mana yg benar2 sayang akan nikmat ini? Hakikatnya,ramai yang alpa dan tidak bersyukur akan nikmat ini. “DAN demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, didapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” (Hud: 9) Ingatlah,bile2 saja Allah boleh tarik nikmat2 ini. Dan pada masa itu jugalah,baru kita rasa menyesal. Bila kite rase menyesal,xpelah. Takut2 kite sudah terlambat pada masa itu,Nau'zubillah....
Related Posts with Thumbnails