Thursday, February 3, 2011

Jumaat yang tenang....

Tenang molek Jumaat ni. Fuh,rilek je...main game,main internet...rileks! Pastu siap2 nak gi solat Jumaat...hari ni solat kat masjid Unisza...

Khutbah Jumaat tadi cakap pasal kehidupan di alam kubur. Pastu menyentuh tentang hal-hal yang akan dipersoalkan oleh malaikat munkar dan nakir. Dan seperti biasa,ramai yang tidur. Kat tingkat atas plak,bising bango kali. Biasalah,budak2 dan remaja2 ramai kat atas. herm...Ummat Islam di Malaysia,nak heran apa pasal semua benda ni.

Lepas solat Jumaat,kitorang solat hajat berjemaah untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mujahidin Islam di dunia terutamanya di Mesir. Dan seperti biasa,ramai yang keluar balik sebelum sempat solat hajat berjemaah. Islam skunk.....lepas habis semua tu,abang ipar aku bagi aku satu risalah yang disebarkan kepada semua jemaah kat masjid Unisza...

ni la sdkit sbnyk tntang ape yg ade dlam risalah tu....

Presiden Hosni Mubarak

April 2010 seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Antara dan AFP,Mubarak mengarahkan tentera menyembur gas beracun ke dalam terowong-terowong yang digunakan untuk menyeludup makanan dan ubat-ubatan ke Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh.

Disember 2010,Mubarak mengarahkan pembinaan tembok konkrit yang mempunyai menara pengawas di sempadannya dengan Gaza untuk menyekat penyeludupan bekalan makanan,ubat-ubatan dan air bersih

Mubarak menerima peralatan ketenteraan untuk menghadapi penunjuk perasaan yang menentangnya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Dalam pilihanraya 2010,berlakunya penyelewengan besar-besaran. Mubarak menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya. Parti Mubarak memenangi 99% kerusi sepanjang pemerintahannya,Mubarak telah menangkap beribu-ribu aktivis Ikhwanul Muslimin dan sebahagian besar daripada mereka dikenakan seksaan. Para penentang politik kerajaan diberikan tekanan dengan tahanan tanpa bicara dan pembunuhan...............

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails