Showing posts with label ceritera2. Show all posts
Showing posts with label ceritera2. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Da last rentas desa...

sedih la jugak x dapat ambik bahagian dalam rentas desa yang terakhir buatku ini. Bukan pasal aku lembik,oh tidak(mngkin lembik sikit kot),tapi disbabkan sebab2 yg trtentu. Lagi sedih bila dpt tau rumah sukan aku yg akhir skali. Hahaha...malu x trkate bile kne "BOO!!!" oleh rumah sukan lain. Haha. xpe2. Nnti aku bagi sumbangan pingat ke rumah aku mase hari sukan nanti...tunggu r korang,awok aku "BOO!!" mula awok2 mu nnti.

Dan hari ini juga budak2 asrama boleh balik. YEAY!! sukenye hati kami! bolehlah aku rehat2 kat rumah,hilangkn stres jap,relaks...(lpas cuti raye cine trus perikse TOV,nk relaks ape lagi wok!!)
Di tengah2 kgembiraan kitorng,ade la jugak bunyi2 daripada budak2 yg dduk kat luar,"apala budak asrama ni. Dpat balik 3 hari je,dh nk suke mcm cuti seminggu. Aku balik rumah tiap2 hari pn rileks je." haha....apela...dalam hal ni bukan pasal dapat balik rumah ke x,tapi pasal nikmat bile dpat balik rumah. Budak2 asrama jarang dapat balik rumah,jadi kitorang jelas dapat rasa nikmat bile balik rumah. Budak2 luar jarang dpat rase nikmat ini pasal diorang dh selalu balik rumah,jadi diorang x dapat rase sngt bile dpt jumpe ngan mak bapak,adik-beradik dan yg sama waktu dngnnye. Bukan ke pepatah arab pernah mengatekan,"'jarang-jarang jumpa, penambah ikatan mesra".


Hal ini pun sama juga dengan nikmat2 lain. Nikmat kesihatan,nikmat berada dalam jemaah,nikmat rezeki,dan yg paling besar,nikmat iman dan Islam. Secara tidak sedar kitorang ade semua nikmat2 ini,tapi ramai mana yang benar-benar dapat rasa kemanisan nikat ini? Ramai mana yg benar2 sayang akan nikmat ini? Hakikatnya,ramai yang alpa dan tidak bersyukur akan nikmat ini. “DAN demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, didapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” (Hud: 9) Ingatlah,bile2 saja Allah boleh tarik nikmat2 ini. Dan pada masa itu jugalah,baru kita rasa menyesal. Bila kite rase menyesal,xpelah. Takut2 kite sudah terlambat pada masa itu,Nau'zubillah....

Friday, January 7, 2011

Yang halal itu jelas! yang haram itu jelas!


An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)

Thursday, December 30, 2010

Haha..Pandai r diorang wat iklan...


Forex is risky!! Jangan pilih forex...haha

Thursday, November 18, 2010



seekor lembu yang sangat besar telah dikorbankan pada hari raya pertama.. lembu ini pernah diiktirafkan sebagai lembu tercantik dan palin besar peringkat negeri terengganu selama 4 tahun berturut berturut.... harganya lebih kurang dalam RM11500..... dan satu bahagian RM1600 ....

Friday, July 23, 2010

Kasut Crocs tiruan hina nama ALLAH

Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs

.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam

Ini adalah logo crocs yang ori..



Ini pula logo crocs yang dimaksudkan

kasut crocs

jadi kalau nak pakai crocs tu, cari lah yang original yerrrr,,,,,, yang tiruan ken e berhati hati sikit , takut jadi macam di atas tu,,,,,,

posted by anuarmahyu.cooperation

Thursday, July 22, 2010

MAKAN2!!!! AYAM!!!!!

Minggu lepas,minggu penyembelihan!!! hahaha...kejam betul bunyinya,tapi itulah ibadat yang harus kami pelajari dan amali di dunia luar. Yelah,nanti ada yang kata,"sekolah agame saje,sembelih ayam pun tak reti". Jadi,nak tak nak,kita sembelih sajalah walaupun ada yang masih terketar-ketar bila nak sembelih tu. Entah betul ke tak sembelih tu. So anyway,the day started with excitement,ended with happiness...totally,it was wicked AWESOME!!!












Sunday, July 4, 2010

Ragam Melayu!


Satu line manusia sedang beratur nak cucuk duit. Kali ni watak pembantu adalah amat hensem. Watak utama lelaki pakai tali leher dan kasut kilat..tapi genetik hensem tetap tak ada. Watak awek seksi tak dapat dimasukkan untuk menghormati bulan puasa. Aku sebagai watak pembantu beratur kat belakang sekali.

Watak utama : Kau dah dapat belum tempat praktikal?
Watak kedua utama: Belum lagi, kau?
Watak utama : Aku dapat dah, tapi nak tukar tempat lain lah. Situ banyak cina.
Watak kedua utama: Yang kau mintak kat situ buat apa.
Watak utama : Aku baru tahu situ banyak cina. Kalau boleh aku nak yang ada majoriti melayu jer lah. Senang sikit, bolehlah dorang tolong-tolong aku.
Watak kedua : [Senyap, masukkan kad ke dalam mesin ATM]
Watak Pembantu : (Tolol..apa kau ingat melayu nak sangat ke tolong melayu..)


diambil dari:http://fndrocka.wordpress.com

Thursday, May 13, 2010

khemah? Oh tidak! Islam...sunyi...

Bila teringatkan perkhemahan,hati menggetar,bibir menggetap,kaki memberatkan langkah;AKU TAK MAHU PERGI! Maklumlah diri empunya tidak pernah langsung menyertai aktiviti perkhemahan sebelum ini,apatah lagi perkhemahan ala tentera. Dengan peralatan yang jauh dari cukup,tempoh perkhemahan yang lama;seminggu tak masuk kelas gara-gara perkhemahan. Aduh,gelisahnya hati tidak mampu untuk dilafaz dek bicara.

Tetapi,apabila ditafakurkan sejenak,persoalan timbul...
-apa yang perlu ditakutkan?
-mengapa aku gelisah?
-mengapa hati aku merusuh tak tentu hala?

Ahh! Setan belaka...Tiada yang perlu dirisaukan. Aku kan dah besar,matanglah sikit oi!

Dan Alhamdulillah,aku berjaya tempuhi segala cabaran yang ada dengan cemerlang sekali. Daripada dugaan fizikal,hinggalah ke ujian rohani;susah betul nak beribadah di sana,sampai solat Jumaat pun tidak termampu. Dan hati mula terfikir,tidak lagi ku nampak Islam di sana. Adakah ia dihijabi oleh lamunan Syaitan,atau Islam memang sudah hilang di sana?
Setelah menemui kebenaran,tiada perasaan menyesal,bahkan aku bersyukur kerana Allah memilih aku untuk pergi ke kem itu. Semoga tidak aku buta lagi daripada mengetahui masalah yang melanda ummat...

Saturday, May 1, 2010

Semoga Berjaya!

Pada hari ini berangkatlah pasukan bahas sekolah saya ke Kemaman untuk menyerikan perlawanan bahas ala parlimen peringkat negeri. Tajuknya amat susah bagi mereka,maklumlah mereka dipilih sebagai pembangkang. Saya lihat cikgu pun pening kepala mencari isi bagi tajuk itu,satu perkara yang luar daripada biasa tetapi tidak menghairankan. Namun,cikgu tetap berfikiran positif dan terus memerah otak mencari ilham,tidak seperti saya yang hanya pandai melongo apabila mendengar tajuk yang diberikan.

Walaubagaimanapun,saya yakin pasukan bahas telahpun menemui senjata yang dicari selama ini dan mampu menepis segala bicara pihak lawan yang akan diterjahkan kepada mereka. Sedih juga kerana tidak dapat menyertai mereka di Kemaman sana. Tidak mengapalah,mungkin ada hikmah di sebalik peninggalan saya ini(btul ke prktaan tu?). All the best buat pasukan bahas. Kibarkan panji dan semangat Tok Jiring hingga ke peringkat kebangsaan. Letuskan kebolehan kita untuk berada di persada juara.

Thursday, April 29, 2010

Kisah cawan


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).
Related Posts with Thumbnails