Showing posts with label resensi buku. Show all posts
Showing posts with label resensi buku. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Mumtaz!!

Haha..."Mumtaz!!" Terbayang macam aku pulak yang melaungkan kata keramat itu pabila baca novel VT karya Hilal Asyraf. Baru baca buku itu setelah direkomen oleh kawan-kawan untuk baca buku itu. Pergh!. Perkataan pertama yang keluar pabila habis baca buku VT ini(ade ke perkataan tu dlm kamus dewan?? hempp) Pape pun,ni la serba sdikit tntang nobel VT ini.


Novel VT ini tentang sebuah pasukan bola tampar yang berpangkalan di MATRI di Perlis sana. Setelah mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan dari sekolah sukan yang amat digeruni. Tetapi,setelah 10 tahun berlalu,pasukan bola tampar MATRI telah tenat dan hampir-hampir dibubarkan. Namun begitu,jurulatih Hussam telah datang dengan hasrat ingin mengembalikan nafas juara yang ada pada pemain-pemain pasukan bola tampar itu. Dengan menggunakan slogan ibadah dalam sukan,akhirnya beliau berjaya membentuk pasukan yang lebih kuat berbanding pasukan lagenda 10 tahun lalu.

Sentuhan Islami yang menarik. Diselitkan dalam novelnya dengan halus dan terancang. Siapa sangka,manusia juga boleh berdakwah melalui sukan. Sekaligus membuka lembaran baru bagi masyarakat untuk berfikir di luar kotak mengenai Islam. Setelah berfikir sejenak juga,konsep 4S(sport,song,sex,science) yang menjadi senjata orang barat untuk memundurkan Islam juga sudah boleh dibuang. Kerana apa? Kerana sebenarnya hanya 1S saja yang perlu diambil berat,iaitu Sikap. Sikap orang Islam itu sendiri yang tidak ingin menjadikan Islam itu Syumul,telah menjadi penyakit kepada jasad agama Islam itu sendiri. 4S itu boleh dijadikan ibadah,jika berlandaskan Islam(ikut syari'atnye,bukan pakat baharambang je).

Wallaua'lam.....

Friday, January 14, 2011

Sutera dalam Lukisan

Sudah lama juga aku tidak buat resensi buku. Yalah,empunya diri ini pun sudah liar dengan buku. Buku banyak beli,tapi entah kenapa tiada perasaan untuk membeleknye. Dan buku ini pun saya baca hanya kerana saya diwajibkan untuk membacanya. Buku ini terpilih sebagai novel KOMSAS untuk pelajar SPM mulai tahun 2010. (SPM!! ARGH!! memang tak boleh untuk tidak memikirkannya.)


Novel ini menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama Bujei atau Hafiz. Beliau telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi. Akibat tiada tempat untuknya berteduh,dan celaan yang diberikan oleh penduduk kampung,beliau telah menjadi sasau. Beliau sering menjadi mangsa buli dan sering juga dipergunakan dan dipermainkan oleh penduduk terutamanya Alias. Namun,segala-galanya berubah apabila Adila,sepupu kepada Same'ah telah datang ke kampung untuk meredakan hidupnya yang baru sahaja hancur apabila mengetahui kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain.

Kehadiran Adila telah mula menimbulkan sifat sebenar Bujei. Bujei telah mula mengenali erti sebenar kehidupan dan hal itu juga telah memberi semangat yang baru kepada Bujei untuk meneruskan hidupnya.
Namun,disebalik keikhlasan Adila untuk membantu Bujei,terdapat juga rona-rona cemburu yang cuba menghalang persahabatan itu. Alias amat menyukai Adila,malah dia pernah menghantar wakil untuk meminang Adila,namun ditolak mentah-mentah. Alias tidak mudah berputus asa. Dia telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap Adila dan cuba mengaburi fikiran Bujei untuk tidak mendekati Adila. Selepas itu....BACA SENDIRI....hehehehe....

Cerita ini amat menarik. Penulis berjaya mengungkitkan elemen sedih dan romantis beserta komedi dalam novelnya dengan baik sekali. Penulis juga berjaya menggambarkan perasaan seseorang yang telah kehilangan segala-galanya. Pengajarannya juga amat bermakna dan bagus untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Thursday, April 29, 2010

Bagus!!



wah! Satu lagi novel yang amat hebat daripada penulis muda berbakat,Faisal Tehrani. Ini merupakan novel yang ke-19(kalu x slp la) beliau dan saya dapat membelinya di Pameran Buku Antarabangsa di KL baru-baru ini walaupun saya duduk di Terengganu,di dalam asrama,tanpa sebarang kenderaan untuk pergi ke KL! (saya kirim daripada seorang kwn sebnrnye). Huh! Lega hati bila dapat beli novel ini biarpun memakan kesemua duit belanja untuk bulan ini. Tidak mengapa,ia amat berbaloi dan saya tidak merasa kesal langsung membelinya.

So,mengenai novel ini,Bahlut. Novel ini menceritakan kisah hidup seorang pemuda asli daripada suku kaum Semai yang bernama Bahlut yang ingin memperjuangkan nasib kaum orang asli yang telah lama ditindas dek pembalak-pembalak haram yang mencabuli kawasan tanah adat mereka melalui dunia trek. Bahlut telah kehilangan ayahnya sejak kecil lagi dan beberapa tahun kemudian beliau telah kehilangan ibunya pula yang bernama Embun gara-gara dibaham harimau kononnya.

Lalu dengan kesedihan demi kesedihan datang menimpa,Bahlut akhirnya menerima pelawaan Cikgu Zaiful untuk ke Kuala Lumpur bagi menjadikannya atlet lari pecut yang unggul. Yang selanjutnya,BACA SENDIRI! hahaha

Kisah ini amat menarik dengan bahasanya yang sarat dengan perkataan dan ayat orang asli selain menyentuh pelbagai isu yang sering kita anggap tidak penting seperti nasib orang asli yang kurang mendapat tempat dalam idealogi masyarakat kini. Ia mengajar kita mengenai erti 1 Malaysia yang sebenar dan bukannya sandiwara yang diada-adakan. Tidak lupa juga konsep Islamik,juga diselitkan dalam novel ini seperti novel-novel lain yang dikarang Faisal sebelum ini. Ceritanya amat suspen dan kadang kala saya rasa sakit hati membacanya sampai bertempik melalak-lalak seorang diri di dorm asrama kerana,terlalu suspen! Aduh...Memang pandai Faisal membuatkan saya terus memegang novel ini dan membacanya tanpa rasa jemu. Apa-apa pun,thumb's up diberi dan diharapkan novel seterusnya akan lebih hangat dan hebat. Maju selalu,perenheg!!!
Related Posts with Thumbnails