Thursday, February 17, 2011
pekse nak habis dah??!! hahaha..yeay!!
Thursday, February 3, 2011
Jumaat yang tenang....
Khutbah Jumaat tadi cakap pasal kehidupan di alam kubur. Pastu menyentuh tentang hal-hal yang akan dipersoalkan oleh malaikat munkar dan nakir. Dan seperti biasa,ramai yang tidur. Kat tingkat atas plak,bising bango kali. Biasalah,budak2 dan remaja2 ramai kat atas. herm...Ummat Islam di Malaysia,nak heran apa pasal semua benda ni.
Lepas solat Jumaat,kitorang solat hajat berjemaah untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mujahidin Islam di dunia terutamanya di Mesir. Dan seperti biasa,ramai yang keluar balik sebelum sempat solat hajat berjemaah. Islam skunk.....lepas habis semua tu,abang ipar aku bagi aku satu risalah yang disebarkan kepada semua jemaah kat masjid Unisza...
ni la sdkit sbnyk tntang ape yg ade dlam risalah tu....
Wednesday, February 2, 2011
Diam dalam bicara
Sunyi menjadi pelita diri,
Sepi sendiri tiada bertepi,
Tradisi ubi diam berisi,
Membekal minda terisi raksasa,
Terbuka bicara menggegar dunia......
"Pabila sempurna akal,kuranglah percakapan"
Thursday, January 20, 2011
Boleh Rehat...fuh...
Tenang sungguh hari ini. Kan bagus boleh berhentikan masa dan stay dalam hari ini selalu....
Friday, January 7, 2011
saya nak,tapi tak boleh...
Namun begitu,sebak dan kecewa juga dirasai apabila saya tidak mampu untuk memilih kelab yang saya minati. Semuanya kerana cikgu PRS sekolah saya telah menetapkan bahawa semua PRS diwajibkan untuk memasuki kelab kerjaya bagi memudahkan perjumpaan dan aktiviti diatur. Tambahan pula hanya satu kelab untuk seorang pelajar agar tidak clash masa perjumpaan. Agak terkejut juga sesetengah pihak kerana tindakan menurunkan taraf PRS daripada salah sebuah jawatankuasa sekolah setaraf dengan MPP dan PSS,kini menjadi taraf kelab dan persatuan. Jadi,tidak mungkin aku akan tinggalkan PRS kerana aku sudah lama menjadi PRS,dah jadi sebahagian daripada diri aku sebagai pelajar. Tapi aku juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menceburi bidang ko-kurikulum yang aku minati dengan lebih aktif.
Haha...sesekali terasa bahang dilema bila memikirkannya. Apa? Mahu tinggalkan sebahagian daripada diri aku dan biarkannya kosong,atau mengejar impian yang menjanjikan seribu satu makna? erm...ok...bagus soalan itu....
Saturday, January 1, 2011
Ahlan Wasahlan ya 2011!!
Monday, December 27, 2010
Lame nye tak post
Aloha
hello
moshi2
gombawwa
n swaktu dgn nye...
Dah Berapa lama dh aku x post kat blog aku ni...
sawang labah2 pnuh mrebak
aduh,bile au nk bersih seme habuk2 ni...
Tapi,aku rase makin kurang la kecaraan aku ke blog ni..
kot2 aku lupe trus yg aku sbnrnye suda ade blog...
yela,tahun depan dah nk SPM(yeah!! ske ngat mikir psl tu,'SKE NGAT')
sbuk2 la aku nk blajo,keje sklh mase cuti dop care starang(beg skoloh aku x sntuh,nk bukak jauh skali)
Tapi gane2 pun,the best i will do untuk SPM nnti...
target,stret A's
haha...jauh naget or..xpe2 naget msti jauh..x nmpak,TROPONG ADE KN...(haha..aku wat lawak!! ske r!! aku kejong ramai2 kang...bru tau)
anyway,
thanx bnyk2 kpd semua kwn2 yg wish kpd aku untuk birthday aku(50 lbey org wish,naye r aku nk balas satu2)
n thanks famili aku yg bagi baju sepasang kpd aku...
n kazen aku yg bagi kotak yg pnuh ngan coklat perise butterscotch
n kpd sorang kwn aku yg bgi hdiah yg giler2 istimewa kpd aku..(haha...xnk bgitau sape bagi,or ape yg die bagi...nnti korang jelez..haha...x r,gurau je)
ok...
stakat ni dlu r post ucpan aku
tq kpd yg sudi mndgr(haha...sape nk dgr au...mujur ngat r kalu ade sorang hok bace post aku ni)
skeian
chow
bubye
sayonara
ma'as salamah
Assalamua'laikum!!!!
Friday, June 25, 2010
Kami juara!!! (dari bawah)

Perancis balik,Itali ikut menyusul pulang. Kalau dulu Itali emnjadi juara,kali ini Perancis pula yang menjadi juara.Tapi kali ini lain sikit,mereka juara dari bawah.hahaha... Macam lagu Sang Mantan nyanyian Nidji,"memang roda telah berputar." Benar sungguh lirik itu.
Saturday, June 5, 2010
3 jet ancam Rachel Corrie
KUALA LUMPUR: Tiga jet pejuang bersama sebuah pesawat tentera dipercayai milik Israel terbang rendah pada pagi semalam seolah-oleh memberi amaran kepada kapal bantuan kemanusiaan Rachel Corrie supaya tidak meneruskan misi ke Gaza.
Sehubungan itu, kapal berkenaan yang membawa pelbagai barangan perubatan, kerusi roda dan peralatan sekolah untuk rakyat Palestin terpaksa mengurangkan kelajuan bagi memastikan ia dapat tiba ke Gaza kira-kira jam 10 pagi ini.Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai misi itu, Ahmad Faizal Azumu, ketika dihubungi semalam berkata, kapal itu akan berpatah balik jika tentera Israel melepaskan tembakan amaran.
Friday, April 30, 2010
Oh Tidak! Temu Duga!

Temu duga oh temu duga. Sering kali ia menekankan perasaan dan mental seseorang,tidak kiralah seseorang itu ingin dapatkan biasiswa ke,kerja ke dan sebagainyalah. Saya tidak pernah melalui sebarang temu duga,maklumlah diri ini masih lagi belajar di sekolah menengah,tetapi mengikut pengalaman abang-abang dan kakak-kakak yang sudah menghadapinya,kegabraan menghadapinya pasti menyerang sanubari tanpa rasa belas kasihan(ayat ape nih???)!
- Sentiasa mengingati Allah SWT dan berdoa agar dipermudah segala urusan.
- Hulurkan tangan untuk bersalam,perkenalkan diri dan berdiri sebelum disuruh duduk.
- Elakkan daripada mempamerkan perasaan gemuruh.
- Betulkan posisi badan anda.
- Jaga hubungan mata dengan orang yang menemu duga.
- Senyum dan bercakap dengan penuh yakin.
- Jangan terlalu malu dan adakan komunikasi dua hala.
- Ucapkan terima kasih selepas sesi temu duga berakhir.
- Tawakkal saja....
Thursday, April 29, 2010
Apa yang mereka mahu?
Most female students of Hikmah Teladan Elementary School at Cimahi, a small town near Bandung – West Java, wear Islamic head scarves, jilbab, in their school days. The boys wear traditional Muslim dresses, baju koko, with its long pants, long-sleeve shirts, and rimless caps. They practice shalat at prayer times and recite Quran. However the religious environment don not eliminate free and fun atmosphere in the school.
That afternoon some students learned to recite Quran for their religious education class. The boys sat on the floor under wooden shelters beside a grass field. Big trees shadowed the spot from extreme heat of the sun. Fresh air breezed. Both girls and boys sit together. Sometimes they laughed or even played jokes with their friends. They were not afraid to make mistakes and to be punished.
“Children have to learn and practice religion in a relax environment. Don’t threat children with punishment and or make students afraid of making sin. Naturally children are in age of playing,” says MH Aripin, curriculum developer and teaching supervisor of Hikmah Teladan Elementary School.
Religious education in schools, Aripin said, should not be based doctrines and dogmas but should be based on rationality and freedom of thinking. In Islam, said Aripin, ratio is considered as the virtue of human being.The main task of schools is to encourage its students to fulfill its curiosity and to think freely.
“If religious education in schools are merely based on dogmas, then it will against its own mission,” says Aripin.
Ehem...
Tak disangka Islam dilayan sebegitu rupa di Indonesia...

SETULUS INGATAN BUAT SAHABAT
Wahai sahabat, buatlah yang terbaik untuk diri dan masa depanmu, lakarkanlah sejarah kehidupanmu dengan kebijaksanaan. Corakkanlah tamadun dirimu dengan kelebihan anugerah Ilahi. Peluang untukmu masih terbentang luas. Kesedaran diri untuk terus berjaya masih lagi boleh di perbaiki, Yakinlah wahai sahabatku, Pohon-pohon kejayaan sedang melambai kedatanganmu. Ia masih menanti kehadhiranmu yang pernah di janjikan.
Warnailah kehidupanmu dengan cahaya Ilahi. Dampingilah kitab suci mukjizat Ilahi di mana jua engkau berada. Tatapilah susunannya, fahamilah maknanya, hayatilah kandunganya, Lunakkanlah alunannya, Sesunguhnya di sebalik susunan kalimah, rentak, irama, serta alunan musikanya tersirat rahsia-rahsia kebesaran Ilahi yang hakiki. Tetapi ingatlah, Hanya akal waras sahaja yang akan dapat mengesan rahsia-rahsia yang tersembunyi. Alirkanlah lurah-lurah kejahilan dengan air mata penyesalan. Ia lebih bernilai dari dunia dan seisinya. Basahilah wajahmu dengan air-air suci, ia merupakan penyeri dihari kemudian. Hiasilah perjuanganmu dengan amalan yang disukai, engkau akan sentiasa dikasihi dan diredhai.
Binalah kehidupan mendatang dengan penuh keyakinan, Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi segala rintangan. Sabarlah di atas segala penderitaan. Ketahuilah, Sesungguhnya penderitaan itu adalah bersifat sementara, Pasti akan lenyap ditelan masa setelah tiba waktunya. Teruskanlah perjuangan mu didalam menuntut ilmu kerana Menuntutnya adalah kelazatan yang tiada tolok bandingan. Teguhkanlah semangatmu wahai sahabatku dalam melakari kehidupan dunia. Aturilah langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, Tapak-tapak pejuang tidak akan hilang dari memori kehidupan dan tidak akan lenyap di mamah usia. Doamu sahabatku tetap akan dikenang.

Sahabat Yang Soleh
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS

indahnya bagai tersusun madahbersemi
ukhwah dipupuk kasih
kita rindukan kasih sayang
utk hiasi taman hati
dlm melalui perjalan suci
ingin menuju arah Tuhan
tetap tujuan kitabaru kehidupan aman berpanjangan
demi perjuangan perlu satu hati
tetap kan iman didalm diri
perintah Allah wajib dipatuhi
sunnah rasul perlu dicontohi
biar keikhlasan kita berbicara
barulah terhindar sengketa sesama
Wednesday, April 28, 2010
Ragaman Malam
Terhentilah segala amal,
Terdiamlah semua bicara,
Sunyi sepi menjadi melodi kegemaran,
Membuka laluan kepada suaramu,
Lalu terluluhlah hati yang sedia mengeras,
Yang batu menjadi debu,
Yang debu menjadi air,
Lalu tercurahlah ia dari benak mata,
Memadamkan bara sebelum api.
2:00 am,
Depan komputer...
Sunday, April 25, 2010
Sangat cantik,tapi menyedihkan....

wah! Memang cantik bangunan itu. Menara Abraj Al-bayt diberi nama. Indah sungguh nama itu. Bakal menjadi struktur kedua tertinggi di dunia. Di atasnya pula dibina sebuah jam besar berukuran 7 kali lebih besar berbanding The Big Ben di London sana. Mempunyai 3000 bilik hotel yang menghadap Pusat dunia dan Alam semester,Masjidil Haram. Amat megah dan indah permai bangunan ini.
Namun,persoalan timbul...
Mengapa ia dibina?
Apa rasionalnya ia dibina di situ?
Apa yang ingin dicapai oleh bangunan itu?
Apa yang ingin dicabar oleh 'mastermind' bagi cadangan pembinaan bangunan itu?
Di mana hilangnya rasa rendah diri bagi penjaga Tanah Suci itu?
Saturday, April 24, 2010
hukum couple
By:muxlim blog