Showing posts with label nasional. Show all posts
Showing posts with label nasional. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Wah!! Rio Bagi pujian la...









































Wah!! Rio pun bagi komen ke Malaysia beb!! Tahniah la buat Team Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama negara. Tahniah juga buat Safee kerana buat aku tergamam dengan gol yang menakjubkan. Fuh,sakit tekak aku jerit semalam,ehek2...

Tapi,walaupun di sebalik kemenangan ini,terdapat sebilangan(bukan sebilangan,banyak jugalah) penyokong2 Indonesia yang masih tidak puas hati akan kekalahan pasukan mereka. Banyakla reaksi2 mereka untuk menunjukkan ketidak matangan meraka yang sungguh biadap. Adoyai,xleh nak kata apa2 la...sdey la jugak jiran kita buat macam tu...yela,kita pun ade sejarah panjang ngan diorang. Agama pun sama,kita lupa ke pasal mnde yang sangat penting dan besar itu?

Pape pun,TAHNIAH!!! buat pasukan Malaysia...

Jom pakat2 beli spek Ray-Ban...

harga istimewa!!!
Orang Afrika pun bleh bli tau...



Bola2!! Rima lwn garuda eagle

Malam ni pemain malaysia kene pakai spek mate Ray Ban belaka...
Bia pantul semula semua laser2 dari pnyokong2 indon nuh...
nak2 Julia Perez,ye nak pakai coli laser pancar ke pemain2 malaysia...
(haha...idea paling bengong pernah aku dengar)


Gane2 pun,harap Rimau bleh bawak balik Cawan AFF
Garuda xleh bawak blik cawan or,berat sngt...kang nak terbang pun x lepas...



Tuesday, December 28, 2010

sekolah dah nak datang balik!!

Tolong AKU!!
Help ME!!!

Nak Tolong APE??

Tolong berhentikan masa,psl...

SEKOLAH DAN NAK MULA!!!!
(everybody cheers!!)


so,parent2 skalian!!!

jom kite pergi ke bank bramai-ramai...
cocok kad,kuar duit,kire duit,mkn duit
kite gi shopping beli baju baru....(tahun baru,baju baru...kaye molek r org2 lening)

anyway,kpd budak2 skoloh skalian...
ayah2 mak2 dah beli baju ke mu or,pandai2 r mu balas balik...
ni dop,ade baju sekoloh,mcm kne pakse nk pakai or...
benci r baju skoloh,dop sdap pakai baju skoloh,xdop gaye pakai baju skoloh...
hohoho
ikut korang r nk anggap nape pn ke baju skoloh or
........................
ok r,hepi skolohing everyone!!

Saturday, June 26, 2010

Nak bagi mujur...

Samad Said merajuk mahu bawa karya seni ke New Zealand
Oleh Muhammad Hatim Ab Manan

2010/06/27

MELAKA: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berhasrat menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan diberikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu.

Katanya, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di Negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan.

Katanya, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan.

Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini.

Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan. Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula, katanya selepas majlis perasmian Pameran Kata Luhur anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Pelita House of Art di Muzium Sejarah dan
Etnografi di Bandar Hilir dekat sini, semalam.

Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Wira Hamdin Abdollah dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas.
Mengulas lanjut, A Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu.

Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana, katanya.

Sementara itu, A Samad berkata, pameran lukisan secara solonya bertajuk Kata Luhur yang menempatkan 64 hasil karya ciptaannya itu mula dipamerkan sejak 19 Jun hingga 31 Julai ini.

Beliau berkata, semua karya yang dipamerkan itu dihasilkan dengan bahan berasaskan dakwat atas kertas melalui penggunaan elemen indian ink iaitu warna merah dan hitam yang turut disertakan puisi ciptaannya.

Kata Luhur dalam pameran ini membawa maksud bercakap jujur dan ia penting dalam seni termasuk setiap tindakan dan sikap seseorang, katanya.

Thursday, May 13, 2010

recalling 13th May tragedy...


Pada hari ini genaplah 11 tahun peristiwa berdarah,pahit bagaikan peria yang telah mencorakkan warna-warna kepada usia negara ini. Rusuhan kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa di negara kita menjadi titik klimaks masalah perpaduan di Malaysia masih menjadi lamunan trauma bagi sesiapa yang tidak alpa dan lupa terhadap sejarah negara ini.

Semoga peristiwa itu dapat memberi iktibar kepada kita. Janganlah kita terlalu fanatik terhadap bangsa hinggakan terlupa terhadap nilai kemanusiaan yang jauh lebih penting dan bermakna. Semua manusia sama belaka,tidak kira bangsa,warna kulit, dan kasta.Yang membezakan hanyalah hatinya.
Related Posts with Thumbnails